Huraian:
Berdasarkan pada analisis kami yang terakhir, pasangan mata wang EUR/NZD ini telah didagangkan dalam aliran menaik. Harga dilihatdiuji dan ditolak daripada tahap 1.5977 pada jumlah yang ultra tinggi. Saya telah menetapkan lanjutan Fibonacci untuk mencari tahap sokongan yang berpotensi. Pasangan ini mempunyai lanjutan Fibonacci 100% pada harga 1.5780 dan lanjutan Fibonacci 161.8% terletak pada harga 1.5715. Penarikan semula Fibonacci kami 61.8% yang terletak pada harga 1.5910 telah ditembusi dengan jayanya, sekaligus membolehkan harga memulakan pergerakkan menurun. Berdasarkan pada carta harian, kami mendapati bahawa permintaan melemah. Menurut pada carta 4H pula, pasangan EUR/NZD kini sedang berada didalam fasa penyerapan. Oleh yang demikian, para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa membeli pasangan EUR/NZD.
Tahap Pangsi Fibonacci Harian:
Tahap Rintangan:
R1: 1.5962
R2: 1.5992
R3: 1.6042
Tahap Sokongan:
S1: 1.5862
S2: 1.5832
S3: 1.5782
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa membeli pasangan EUR/NZD sebagaimana kita mempuyani jumlah penyerapan sebelum ini. Perhatikan peluang untuk pesanan menjual yang berpotensi.