Analisis Teknikal GBP/JPY untuk 05 Disember, 2014

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan mengukuh. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh keputusan ECB yang bertambah baik dan juga permintaan daripada pengimport Jepun. Bank of England pada hari Khamis mengekalkan kadar penanda aras pada 0.5% dan saiz portfolio bon pada GBP375 bilion sebagaimana yang telah dijangkakan. Walau bagaimanapun, kenaikkan pasangan mata wang GBP/JPY ini telah dihadkan oleh selera risiko pelabur yang kian berkurangan, eksport jualan dan pelarasan kedudukan Jepun sebelum hujung minggu. Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana purata pergerakkan lima dan 15 hari kian meningkat, tetapi MACD berada dalama aliran menurun.

Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana Purata pergerakkan lima dan 15 hari kini kian meningkat, walau bagaimanapun MACD kini dalam aliran menurun.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 189.70 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 190.40. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 187..5. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 186.80. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 187.90.


Tahap Rintangan:
189.70
190.40
190.75

Tahap Sokongan:
187.35
186.80
186.30