Analisis Gelombang Elliott EUR/JPY untuk 12 Disember, 2014

Rumusan Teknikal:

Pembetulan harga daripada tahap 149.13 berjalan seperti yang diharapkan. Kami masih mencari gelombang c lebih rendah untuk sasaran pertama kami yang terletak pada tahap 144.78. Gelombang c berpotensi untuk dilanjutkan dan akibatnya ia akan mendorong harga untuk bergerak ke tahap yang lebih rendah menuju ke arah sasaran pembetulan 38.2% atau sasaran pembetulan 50%. Apabila gelombang (ii) menjadi lanjutan mendatar seperti yang kita dapat kita perhatikan di sini, maka kita boleh mengharapkan kesinambungan gelombang (iii), walau bagaimanapun untuk lebih daripada itu, apabila tiba masa untuk kita mencari gelombang tiga yang lebih tinggi. Buat masa ini, kita harus kekal berada di bawah tahap 148.25 bagi membolehkan harga menembusi di bawah tahap 146.42 sekaligus mengesahkan penurunan harga ke tahap 144.78.


Cadangan Perdagangan:

Kami telah menjual EUR pada tahap 147.97 dengan menetapkan kedudukan Stop pada tahap 148.35.Kami akan meletakkan kedudukan Take Pdofit pada tahap 147.85. Sekiranya anda masih lagi belum mengambil pesanan menjual EUR, maka adalah disyorkan kepada anda untuk menjual berhampiran pada tahap 147.20 dengan kedudukan Stop Loss dan Stop Profit pada tahap yang sama.