Gambaran Keseluruhan Pasaran
Semalam pasangan matawang AUD/USD telah berdagang dalam trend menurun. Sepanjang sesi Eropah major mula bergerak menurun ke tahap 1.0500 (sokongan 200 EMA). Oleh itu,sepanjang sesi New York kita boleh perhatikan mood menurun yang berterusan; harga mencapai kerendahan harian yang baru di 1.0450 pada pengakhiran sesi. Hari ini sepanjang sesi Asia kita boleh perhatikan trend menurun yang berterusan dan harga melebihi 1.0410.Hari ini pasangan matawang AUD/USD dijangka untuk mencuba 200 EMA. Juga adalah perlu untuk mengambil kira data berkenaan USD Core Durable Goods Orders m/m, Durable Goods Orders m/m dan Crude Oil Inventories yang boleh memberi kesan kepada kadar pasangan matawang.
Tahap Sokongan dan Rintangan
(S3) 1.0382 (S2) 1.0427 (S1) 1.0456 (PP) 1.0501 (R1) 1.0546 (R2) 1.0575 (R3) 1.0620
AUD/USD Analisa Gelombang Elliott
Pasangan matawang AUD/USD telah menghabiskan gelombang (A) (warna hitam) gelombang lebih besar B (warna biru) dalam titik 1.0557.Kini kita boleh perhatikan pengakhiran gelombang (B) (warna hitam).Mengikut peraturan kami dan mengambil kira bahawa gelombang C adalah bersamaan dengan gelombang A, kita boleh nyatakan sasaran berpotensi dengan Fibonacci retracement (1.0335-1.0557-1.0400); Take Profit pertama di 1.0586 (78.6% gelombang A) dan Take Profit kedua di 1.0633 (100% gelombang A). Untuk Stop Loss kita boleh gunakan 1.0336 tahap tidak sah.
Ramalan Perdagangan
Berikutan dari Peraturan Gelombang Elliott, hari ini trend dijangka untuk mula bergerak naik. Kerana itulah posisi Beli pada tahap 1.0455 dengan Stop Loss di 1.0336, Take Profit di 1.0586 dan Take Profit 2 di 1.0633 dicadangkan.