Analisis Teknikal NZD/USD untuk 16 Disember, 2014

Huraian Fundamental: 

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan penurunan harga. Kadar harga bagi pasangan mata wang NZD/USD ini telah terjejas ekoran sentimen USD yang mengukuh (Spot ICE Indek dolar terbaru mencatatkan sebanyak 88.43 berbanding 88.20 pada awal hari Isnin), kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi (10 tahun pada 2.114% berbanding 2.103% lewat Jumaat), peningkatan 1.3% pada bulanan dalam laporan pengeluaran perindustrian AS November (berbanding ramalan + 0.8%) dan kapasiti penggunaan Amerika Syarikat bagi bulan November, 80.1% (berbanding ramalan 79.4%) yang melebihi kejutan penurunan dalam laporan indeks keadaan perniagaan Empire State kepada -3.58 pada bulan Disember berbanding 10.16 pada bulan November (berbanding ramalan yang mengunjurkan kenaikkan kepada 14) dan kejatuhan yang tidak dijangka di dalam laporan indeks pasaran perumahan NAHB Amerika Syarikat kepada 57 berbanding 58 pada bulan November (berbanding ramalan yang mengunjurkan kenaikkan kepada 59). Penjualan mata wang dolar NZ sewaktu pasangan NZD/JPY melemah di tengah-tengah selera risiko pelabur yang semakin berkurangan dan kemerosotan harga komoditi. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang NZD/USD kini sedang diganggu oleh kepentingan pengkamiran pasangan NZD-USD.


Ulasan Teknikal: 

Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana stokastik adalah neutral, MACD kini berada didalam mod penurunan harga.


Cadangan Perdagangan: 


Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7720; penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.7660. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7805. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7835 dan sasaran kedua pada tahap 0.7870.


Tahap Rintangan:

0.7835 

0.7870 

0.7905 


Tahap Sokongan: 

0.7720 

0.7660 

0.7640