Analisis Tenikal Perak untuk 17 Disember, 2014

Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:


Perak menjunam ke tahap yang telah diramalkan, iaitu pada harga $ 15.50/60 pada masa ini, seperti yang dibincangkan sebelum ini. Perak perlu dibeli pada harga pasaran, pada harga $ 15.80/85 dengan menetapkan risiko di bawah tahap $ 14.50. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada harga $ 14.50 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula didapati terletak pada harga $ 17.40/50, diikuti dengan tahap $ 17.80/18.00 dan tahap yang lebih tinggi, masing-masing. Komoditi ini mungkin hanya mengukir 'right shoulder' pada pembalikan inverted head and shoulder pada masa sekarang. Aliran menaik perlu kekal mendominasi sehingga harga kekal didagangkan di atas harga $ 14.50, tahap sokongan interim pada masa kini. Hanya penembusan harga di bawah tahap ini harus diberikan perhatian.


Cadangan Perdagangan:

Mula untuk membuka kedudukan membeli pada masa ini, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss dibawah tahapĀ $14.50, dan sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!