Tahap teknikal urusniaga harian dan cadangan dagangan GBP/USD untuk 19 Disember , 2014

Minggu lalu, pasangan GBP/USD didapati mempunyai PERMINTAAN urusniaga harian di sekitar tahap 1.5550 di mana banyak tahap rendah ditubuhkan sebelum ini pada bulan November yang lalu.


Selain itu, beberapa dasar terdahulu telah dibangunkan di atas tahap 1.5550-1.5580, menjadikan ia satu zon PERMINTAAN yang menonjol


Tinjauan HARIAN memihak kepada senario kenaikan harga ke arah 1.5800 pada mulanya kemudian 1.6100 dengan syarat kenaikan harga mempertahankan had yang lebih rendah daripada julat pengukuhan semasa sekitar 1.5550.  


Satu lagi senario kurang berkemungkinan: corak "flag" menurun yang menunggu pergerakan menuurn di bawah 1.5550 (serupa dengan apa yang berlaku pada bulan Oktober lalu).



Tinjauan semasa penurunan harga di dalam carta 4H. Tahap tertinggi berturut-turut lebih rendah dan rendah telah diwujudkan sebelum pergerakkan mendatar semasa harga mula berlaku.


Gerakan pengukuhan harga di antara tahap 1.5770 dan 1.5550 dilihat telah berlaku. Ia menandakan situasi ketidaktentuan pasaran setelah berlakunya kemerosotan harga yang panjang yang bermula daripada tahap 1.7100 dan 1.6500.


Pedagang urusniaga harian perlu menunggu untuk penarikan semula harga menaik ke arah zon BEKALAN baru-baru ini yang berada di sekitar 1.5775-1.5810 untuk pesanan MENJUAL berisiko rendah. 


Pedagang berisiko perlu ambil perhatian bahawa pergerakan menurun di bawah 1.5550 secara langsung mendedahkan sasaran unjuran menurun yang berpotensi sekitar 1.1530.