Rumusan Teknikal:
Tiada perubahan yang ketara telah berlaku ke atas pasangan mata wang ini. Kami masih mencari kenaikkan harga ke arah tahap 148.36 untuk menamatkan gelombang x dan menyediakan laluan bagi harga memulakan pergerakkan menurun baru pada gelombang y sekurang-kurangnya ke arah tahap 143.50 dan mungkin juga lebih rendah ke tahap 142.06. Hanya penembusan harga secara langsung di bawah tahap sokongan 145.95 akan menunjukkan bahawa gelombang x telah berakhir lebih awal, dan penurunan harga ke arah tahap 143.50 kini sedang membangunkan.
Cadangan Perdagangan:
Kedudukan stop loss kami yang terletak pada tahap 146.40 telah ditembusi. Kami akan mengambil pesanan menjual mata wang EUR sekali lagi pada tahap 148.30 atau sebaik sahaja menembusi di bawah tahap 145.95.