Huraian Umum untukĀ 31/12/2014 08:40 CET
Seperti yang diramalkan semalam, gelombang terakhir untuk aliran menurun masih dijangkakan di sini untuk menyelesaikan keseluruhan kompleks dan masa kitaran pembetulan gelombang 4 ungu. Sasaran diunjurkan pada tahap 1.1558, walau bagaimanapun harga telah melantun daripada tahap sokongan urusniaga harian yang terletak di tahap 1.1588, dan kini struktur pembetulan harga berkemungkinan telah siap. Pengesahan senario ini hadir dengan penembusan rintangan urusniaga harian pada tahap 1.1649, jika tidak, pasaran akan terus didagangkan dalam zon julat dagangan neutral. Para pedagang dinasihatkan bahawa mana-mana penembusan harga di atas tahap 1.1665 ini adalah aliran menaik dan seterusnya pergerakkan harga ke tahap yang lebih tinggi harus dijangkakan.
Sokongan/Rintangan:
1.1712 - WR2
1.1670 - WR1
1.1650 - Rintangan Urusniaga Harian
1.1623 - Pangsi Mingguan
1.1588 - Sokongan Urusniaga Harian
1.1581 - WS1
1.1558 - Sokongan Teknikal
1.1535 - WS2
1.1500 - Tahap Ketidaksahihan
Cadangan Perdagangan:
Pesanan membeli telah dibuka daripada tahap 1.1633 dan ia perlu dikekalkan terbuka. Pesanan SL perlu diletakkan di bawah tahap 1.1588 dan TP pada tahap 1.1672 dengan kesinambungan aliran meanik yang berkemungkinan ke tahap 1.1733.