Huraian :
Sebagaimana analisis kami yang terdahulu, emas telah didagangkan dalam aliran menaik. harga dilihat telah menguji tahap 1,197.58. Menurut pada carta 4H, kami mendapati bahawa terdapat permintaan yang tinggi sebelum ini, yang mana ini adalah merupakan satu petanda bahawa pesanan menjual emas pada tahap harga ini kelihatan sangat berisiko. Saya menasihatkan kepada para pedagang untuk memerhatikan peluang belian yang potensi berhampiran pada tahap rendah. Berdasarkan pada carta harian pula, Emas didapati mempunyai tahap sokongan yang terletak pada harga 1,172.00. Penarikan semula Fibonacci 61.8% kami yang terletak pada harga 1,172.00 telah berjaya ditembusi, yang mana ia telah mendorong harga untuk memulakan pergerakan menaik. Sekiranya harga berjaya menembusi tahap 1,212.00 pada jumlah yang tinggi, maka kita berkemungkinan akan dapat melihat harga menguji pada 1,237.00. Apa jua permintaan yang lebih besar pada jumlah yang tinggi dan tindakan harga yang lebih kuat akan berpotensi untuk mengesahkan fasa lanjutan aliran menaik.
Pangsi Harian Titik Fibonacci:
Tahap Rintangan:
R1: 1,187.34
R2: 1,189.80
R3: 1,193.77
Tahap Sokongan:
S1: 1,179.40
S2: 1,176.94
S3: 1,172.97
Cadangan Perdagangan: Perhatikan peluang untuk pesanan belian yang berpotnsi sebaik sahaj selepas penarikan semula harga berlaku (ambil pesanan membeli semasa harga rendah).