Sebelumnya,penutupan HARIAN di bawah tahap 1.2360 (had rendah pada zon kesesakkan) secara langsung telah mendedahkan tahap harga disekitar 1.2250.
Pasangan mata wang EUR/USD telah meneruskan aliran ke tahap yang lebih rendah selepas menembusi di bawah TAHAP PERMINTAAN utama pada 1.2250 mendedahkan tahap harga pada 1.2120 dan 1.2000.
Secara fundamentalnya,sentimen euro kekal negatif ketika prospek pada aksi yang lebih daripada ECB dalam minggu yang akan datang mengenai QE.
Adalah diingatkan kepada para pedagang bahawa pasaran ketika ini sedang ditolak ke tahap yang lebih rendahlagi ke arah harga 1.2000 (SOKONGAN psikologi yang menonjol,juga sepadan kepada had rendah pada saluran pergerakkan).
Tindakan harga perlu diperhatikan dengan berhati-hati sewaktu penutupan pasaran bagi keputusan perdagangan yang selanjutnya sebagaimana pasaran kini dilihat telah terlebih jual.
Seperti yang dijangkakan sebelumnya, penembusan 4H yang jelas di bawah tahap 1.2150 telah mendedahkan unjuran penembusan kadar penuh yang disasarkan sekitar tahap 1.2000.
Diikuti dengan ayunan penurunan harga yang kuat, pasaran perlu melihat tahap PERMINTAAN yang besar untuk menghentikanya untuk seketika.
Had rendah pada saluran pergerakkan semasa telah pun ditembusi selepas jurang penurunan harga yang telah berlaku pada pembukaan pasaran hari Isnin.
Tindakan harga yang selanjutnya perlu diambil kira sebagaimana tahap harga semasa masih lagi belum ditembusi sejak Mei 2010.
Cadangan perdagangan:
Pedagang berisiko pada masa ini disarankan agar melihat posisi MEMBELI sekitar sejarah harga rendah selepas penurunan harga segera bermula disekitar tahap 1.2550.
Walau bagaimanapun, pedagang konservatif perlu melihat posisi MENJUAL dalam momentum aliran menurun yang kuat. Penarikan semula aliran menaik ke paras harga yang lebih tinggi adalah diperlukan.
Kemasukan pesanan MENJUAL berisiko rendah boleh diambil di sekitar paras harga 1.2250 di mana zon BEKALAN baru-baru ini terletak.