Analisis Harian bagi Pasangan Mata Wang Utama untuk 07 Januari, 2015

EUR/USD: Pasangan mata wang ini dilihat berkecenderungan menaik dan harga berkemungkinan akan bergerak ke tahap yang lebih rendah lagi, menembusi garisan sokongan yang terletak pada tahap 1.1850. Terdapat garisan rintangan yang kuat pada tahap 1.2000, yang mana ia berpotensi untuk menjadi halangan yang besar kepada prospek aliran menaik.


USD/CHF: Pasaran harga bagi pasangan mata wang USD/CHF ini dilihat masih mengukuh dan harga masih berpotensi untuk bergerak naik ke tahap yang lebih tinggi lagi. Usaha aliran penurunan harga boleh membenarkan harga untuk menguji tahap sokongan yang terletak pada 1.0000, yang mana ia kini adalah merupakan tahap rintangan kuat untuk prospek aliran menurun. Sementara itu, harga mungkin akan mencapai tahap rintangan pada 1.0150 pada akhirnya.

GBP/USD: Sejak Jumaat yang lalu, pasangan mata wang kini telah jatuh melebihi 400 pips, mencapai wilayah pengumpulan di tahap 1.5150. Wilayah pengumpulan ini akan ditembusi dengan mudah untuk aliran menurun, sebagai harga telah menjunam di bawah wilayah pengumpulan yang seterusnya pada tahap 1.510.


USD/JPY: Pasangan ini juga didagangkan dalam aliran menurun- sama seperti kebanyakan pasangan JPY yang lain. Harga kini sedang didagangkan di bawah EMA 56 dan tempoh RSI 14 adalah di bawah tahap 50. Kenyataan ini juga disokong oleh Corak Pengesahan aliran menurun di dalam carta dan dengan itu, harga berkemungkinan akan menembusi tahap permintaan pada 117.50, meskipun USD mengukuh pada pasangan mata wang lain.


EUR/JPY: Pengukuhan mata wang yen masih lagi disebut sebagaimana kebanyakan pasangan JPY kini sedang menurun. Pasangan mata ang EUR/JPY ini telah menjunam hampir 300 pips pada minggu ini sahaja. Pergerakan penurunan harga yang seterusnya adalah masih diramalkan untuk pasangan ini, bagi membolehkan harga menembusi zon permintaan yang terletak pada tahap 141.00 untuk aliran menurun, harga perlu bergerak ke arah zon permintaan yang seterusnya pada tahap 140.00. 0.