Analisis Teknikal NZD/USD untuk 08 Januari, 20155

Huraian Fundamental:

Pasangan mata wang NZD/USD ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh harga tenusu yang lebih mengukuh, permintaan bagi mata wang dolar NZ sewaktu pasangan MZD/JPY mengukuh di tengah-tengah penurunan penghindaran risiko, permintaan bagi mata wang dolar NZ sewaktu pasangan AUD/NZD melemah dan kepentingan pengkamiran pasangan NZD-USD. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang NZD/USD kini sedang terjejas akibat daripada sentimen dolar yang positif.


Ulasan Teknikal:  

Carta harian kelihatan bercampur-campur sebagaimana MACD dan indikator stokastik kini berada di dalam mod aliran menaik, bagaimanapun purata pergerakkan lima dan 15-hari kian cenderung terhadap aliran menurun, corak 'inside-day-range' telah berakhir pada hari Rabu.

Cadangan Perdagangan:   
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7820 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.7850. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.7720. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.7680. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.7755.

Tahap Rintangan:
0.7820
0.7850
0.7875

Tahap Sokongan:
0.7720
0.7680
0.7650