Analisis Teknikal USD/JPY untuk 08 Januari, 2015

Huraian Fundamental: 
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan mengukuh dengan mod yang memberangsangkan. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh dana pembiayaan perdagangan yen ditengah-tengah sentimen risiko pelabur yang bertambah baik (Tolok ketakutan VIX susut 8.57% kepada 19.31; S&P 500 ditutup naik 1.16% kepada 2.025.9 semalam) sebagaimana data menunjukkan kejatuhan zon euro ke dalam krisis deflasi buat kali pertama dalam tempoh lebih daripada lima tahun menyokong jangkaan Bank pusat Eropah untuk melibatkan diri dalam pelonggaran kuantitatif secara besar-besaran seawal 22 Januari, manakala minit mesyuarat seimbang dasar Rizab Persekutuan bagi bulan Dis mencadangkan bahawa bank pusat AS tidak akan tergesa-gesa untuk menaikkan kadar faedah menjelang pertengahan tahun ini. Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini juga disokong oleh permintaan daripada pengimport Jepun, dasar pelonggaran monetari berskala besar oleh Bank Jepun dan sentimen dolar yang positif (Indeks dolar Spot ICE mencecah sembilan tahun tinggi pada tahap 92.265 hari Rabu, terdahulu mencatatkan pada tahap 92.02 berbanding 91.73 awal Rabu) sewaktu jangkaan defisit perdagangan AS yang lebih kecil pada bulan November iaitu sebanyak $ 39 bilion (berbanding ramalan yang mengunjurkan sebanyak $ 42 bilion), manakala laporan ADP pula menunjukkan peningkatan 241,000 di dalam laporan sektor pekerjaan swasta Amerika Syarikat bagi bulan Disember - walaupun di bawah ramalan + 250,000 - menambahkan keyakinan untuk laporan gaji bukan perladangan AS yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari Jumaat yang dijangkakan akan mencatatkan bacaan posistf. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang USD/JPY ini diganggu oleh penjualan pengeksport Jepun, menurunkan hasil Perbendaharaan dua tahun AS (sebelum ini mencatatkan sebanyak 0.613% berbanding 0.633% lewat Selasa) selepas minit FOMC dikeluarkan.

Ulasan Teknikal:
Carta harian kini masih berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan indikator stokastik perlahan dalam mod aliran menurun, purata pergerakkan lima hari kini berada di bawah purata pergerakan 15-hari dan semakin menurun.

Cadangan Perdagangan: 

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 118.5. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 118. Titik pangsi kekal berada pada tahap 119.50. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 119.95 dan sasaran kedua pada tahap 120.3.

Tahap Rintangan:
120.3
120.65
121

Tahap Sokongan:
118.65
118.05
117.75