Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Gambaran yang lebih besar pada carta mingguan EUR/JPY telah dinyatakan di sini. Pasangan mata wang EUR/JPY ini berkemungkinan telah menamatkan pergerakkan aliran menaik yang besar (5 gelombang) daripada tahap 94.00 hingga ke tahap 149.00 yang telah bermula pada pertengahan 2012. Pasangan mata wang ini berkemungkinan akan mempunyai pembetulan 3 gelombang yang boleh pergi jauh hingga ke tahap 115.00 seperti yang digambarkan di sini. Penurunan harga semasa daripada tahap 149.80 berkemungkinan akan berakhir berhampiran pada tahap 134.00, yang mana ia boleh menjadi langkah pertama pembetulan. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal mendatar buat masa sekarang dan mencari peluang untuk memasuki pesanan membeli untuk memastikan gelombang 2 yang berpotensi mengukuh kembali ke arah tahap 142.00/143.00. Sokongan serta-merta didapati terletak pada tahap 134.13 diikuti dengan tahap 127.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Sementara rintangan pula dilihat terletak pada tahap 142.00/143.00 dan diikuti dengan tahap 145.00, 149.80, masing-masing.
Cadangan Perdagangan:
Kekal mendatar buat masa ini, dan perhatikan peluang untuk membeli pada tahap sedikit lebih rendah.
Semoga berjaya!