Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan menurun selepas harga mencecah tahap rendah hampir satu bulan 116.07 pada hari Rabu. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah dilemahkan oleh aliran 'safe haven' JPY dan penamatan dana pembiayaan perdagangan JPY di tengah-tengah peningkatan penghindaran risiko (tolok ketakutan VIX meningkat 4.47% kepada 21.48, S&P 500 ditutup 0.58% lebih rendah pada 2,011.27 semalam) dan kebimbangan mengenai kadar pertumbuhan ekonomi global selepas Bank Dunia menurunkan ramalan bagi perkembangan global pada tahun 2015 kepada 3.0% berbanding 3.4% dan pada tahun 2016 kepada 3.3% berbanding 3.5%. Ia juga diperhatikan bahawa harga tembaga menjunam ke tahap terendah untuk tempoh lima tahun dan laporan mengenai penjualan runcit AS bagi bulan Disember telah mencatatkan penurunan sebanyak 0.9% pada bulan ke bulan (berbanding ramalan -0.2%). Pasangan mata wang USD/JPY ini juga dipengaruhi oleh sentimen dolar yang kian melemah (Spot ICE Indeks Dolar terdahulu mencatatkan 92.08 berbanding 92.22 pada awal hari Rabu) pada penjualan dalam laporan runcit AS yang melemah dan penurunan sebanyak 5.5% pada tahunan dalam laporan indeks harga import Amerika Syarikat bagi bulan Disember (penurunan tahunan terbesar sejak Oktober 2009). Selain itu, kenaikan sebanyak 0.2% dalam inventori perniagaan AS bulan November (berbanding ramalan + 0.3%), kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih rendah (10 tahun pada 1.85% berbanding 1.89% lewat hari Selasa) dan penjualan eksport Jepun telah mempengaruhi pasangan. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan mata wang USD/JPY ini sedang diganggu oleh permintaan daripada pengimport Jepun dan perlonggaran dasar monetari Bank Jepun berskala besar.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan negatif sebagaimana MACD dan Stokastik berada dalam aliran menurun, walau bagaimanapun, ia kemudianya akan berada pada tahap terlebih jual. Purata pergerakkan lima hari kini berada di bawah purata pergerakakn 15 hari dan kian menurun.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 116. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 117.55. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 117.95 dan sasaran kedua pada tahap 118.50.
Tahap Rintangan:
117.95
118.50
119
Tahap Sokongan:
116
115.50
115