Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Emas telah mencecah tahap minima yang diramalkan iaitu pada tahap harga $ 1,255.00 semalam. Emas menembusi tahap $ 1,266.00 dan ia kini sedang diniagakan pada tahap $ 1,261.00. Sila ambil perhatian bahawa Emas ini telah menembusi tahap rintangan terdahulu yang terletak pada harga $ 1,255.00, oleh yang demikian penarikan semula harga adalah diramalkan akan berlaku dari tahap ini. Para pedagang disarankan untuk menempah keuntungan pada kedudukan membeli dan menunggu sehingga penarikan semula harga berlaku. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada harga $ 1,224.00, dan diikuti masing-masing dengan tahap $ 1,205.00, $ 1,170.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula berada pada harga $ 1,290.00 dan seterusnya tahap lebih tinggi pada masa ini. Aliran menaik kelihatan mendonimasi sepenuhnya pada masa sekarang dan kesemua harga rendah daripada tahap ini perlu dipertimbangkan sebagai peluang belian yang sangat baik untuk perdagangan jangka panjang dan perdagangan jangka pendek.
Cadangan Perdagangan:
Tempah keuntungan pada kedudukan membeli.
Semoga berjaya!