Indeks USDX dilihat telah membuat penarikan semula harga pada tahap rintangan 92.62 dan instrumen ini berkemungkinan akan menutup dagangan dalam julat di antara tahap 92.62 dan 91.62 minggu ini. Ini kerana Indeks USDX ini telah gagal untuk mengukuh dalam aliran harga yang kita pada jangka sederhana. Semasa sesi perdagangan semalam, Indeks USDX dilihat telah membuat penarikan semula harga ke arah tahap sokongan 91.2 selepas harga ditolak oleh zon rintangan yang dinyatakan di atas.
Tahap Rintangan Carta 4HÂ : 92.62 / 94.45
Tahap Sokongan Carta 4H : 91.62 / 91.17
Berdasarkan pada carta 1H, Indeks USDX didapati telah menurun dalam urusniaga harian daripada tahap 92.75 setelah ia membuat lantunan semula aliran menaik yang kuat pada purata pergerakkan 200 hari sebelum sesi perdagangan Amerika semalam. Kini, tahap sokongan bagi Indeks USDX dilihat terletak pada tahap 92.08, oleh yang demikian, Indeks USDX ini berpotensi untuk mencapai tahap rintangan 92.51. Indikator MACD kekal berada di dalam wilayah negatif.
Tahap Rintangan Carta 1H: 92.51 / 92.92
Tahap Sokongan Carta 1H: 92.08 / 91.66