EUR/NZD : analisis untuk 20 Januari, 2014

Huraian:

Berdasarkan pada analisis EUR/NZD kami yang terakhir, pasangan mata wang ini telah didagangkan dalam aliran menaik. Seperti yang telah kita jangkakan, harga dilihat telah menguji tahap 1.5032 pada jumlah diatas purata. Menurut pada carta harian, kami mendapati bahawa terdapat bekalan yang kukuh pada jumlah yang ultra tinggi (klimaks jualan) sebelum ini, oleh yang demikian, pesanan menjual pasangan mata wang EUR/NZD pada tahap ini kelihatan sangat berisiko. Lanjutan Fibonacci 161.8% kami yang terletak pada harga 1.4900 telah ditembusi dengan jayanya. Tahap rintangan kami di sekitar harga 1.5050 kini sedang diuji. Saya telah meletakan Penarikan Semula Fibonacci daripada ayunan harga terbaru dan mendapati bahawa Penarikan semula harga 38.2% pada harga 1.4990 (telah ditembusi) dan Penarikan semula Fibonacci 61.8% terletak pada harga 1.5120. Jika harga berjaya menembusi pada tahap 1.5050 dalam tindakan harga, kita berkemungkinan akan dapat ujian yang berpotensi pada tahap 1.5120.

Tahap Pangsi Fibonacci Harian:

Tahap Rintangan:

R1: 1.4953

R2: 1.4988

R3: 1.5046

Tahap Sokongan:

S1: 1.4837

S2: 1.4802

S3: 1.4744

Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa menjual pasangan EUR/NZD pada tahap harga ini sebagaimana harga kini dilihat sedang menguji lanjutan Fibonacci 161.8%.