Indeks Dolar kekal didagangkan dalam aliran menaik dan meneruskan pembentukan corak harga tinggi yang lebih tinggi dan corak harga rendah yang lebih tinggi dalam dagangan jangka pendek. Hari ini adalah merupakan hari penting bagi indeks Dollar dan juga esok sebagaimana Mario Draghi dijadualkan akan mengeluarkan kenytaan bahawa ECB akan mengikuti dasar QE. Saya menjangkakan bahawa ia akan memberikan impak yang besar terhadap indeks Dolar.
Secara teknikalnya, indeks Dolar akan kekal didagangkan dalam aliran menaik perdagangan jangka pendek selepas volatiliti pasaran yang besar disebabkan oleh penurunan kadar SNB. Sokongan bagi Indeks dolar didapati berada pada tahap 92.65 dan rintangan pula di tahap 93.10. Penembusan harga pada mana-mana tahap ini akan menolak indeks dolar menuju ke arah tahap 93.40 atau 92.35.
Carta mingguan dalam aliran menaik sepenuhnya dan dalam saluran condong menaik. Sokongan mingguan utama untuk aliran menaik ini terletak pada tahap 90.80. Rintangan pada carta mingguan didapati terletak pada tahap 93.70. Sasaran jangka panjang saya pada tahap 94-95 kekal sah.