Analisis Harian Pasangan Mata Wang Utama untuk 22 Januari, 2015

EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD ini sebahagian besarnya mengukuh manakala prospek keseluruhan kekal melemah. Kelihatan terdapat garisan sokongan terletak di tahap 1.1600 dan 1.1550 yang mana ia berkemungkinan besar akan mencabar pergerakan aliran menurun. Terdapat juga garisan rintangan pada tahap 1.1750 dan 1.1800, yang mana boleh mempertahankan prospek penurunan harga yang sedia ada.

USD/CHF: Tinjauan dalam pasaran khas ini masih tidak berubah. Ramalan dalam pasaran pada masa yang tidak normal ini adalah melemah, walau bagaimanapun pembetulan aliran menaik diramalkan akan berterusan secara beransur-ansur walaupun sekali-sekala terdapat pembetulan penurunan harga yang besar. Oleh yang demikian, pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan bergerak ke arah atas sekurang-kurangnya 500 pips pada minggu ini. Beberapa data fundamental yang dijadualkan akan dikeluarkan pada hari ini akan memberikan impak yang besar ke atas pasaran.

GBP/USD: Meskipun terdapat beberapa usaha aliran kenaikkan harga yang jelas untuk menolak harga ke arah atas, USD masih dapat membuktikan bahawa ia adalah lebih kuat berbanding mata wang GBP. Sebagaimana GBP jatuh berbanding pasangan yang lain, ia jatuh berbanding dengan USD dan mata wang ini berpotensi untuk mencapai wilayah pengumpulan yang terletak pada tahap 1.5050. Terdapat Corak Pengesahan aliran menurun di dalam carta.

USD / JPY: Pasaran bagi pasangan mata wang kini adalah berisikp - ia adalah sesuatu yang luar biasa untuk harga bergerak menurun dan kemudianya mengalami pembetulan aliran menaik dalam dagangan jangka pendek. Saya mencadangkan kepada para pedagang untuk keluar dari pasaran ini sehingga terdapat ramalan mengenai kecenderungan arah aliran pasaran.

EUR / JPY: Prospek perdagangan jangka panjang untuk pasangan mata wang ini adalah menurun. Walaupun harga kini sedang didagangkan di atas EMA 11, ia masih berada di bawah EMA d6. Walaupun tempoh RSI 14 berada di atas tahap 50, ia tidak akan menghidupkan prospek kenaikkan harga sepenhnya sehingga harga berjaya menembusi zon bekalan yang terletak pada tahap 138.50 untuk aliran menaik.