Rumusan Teknikal:
Kenaikkan harga daripada tahap 1.4787 telah dilanjutkan melebihi ramalan. Kini, pasangan mata wang dilihat sedang menuju ke arah sasaran pembetulan 50% pada tahap 1.5475. Kami menjangkakan bahawa tahap rintangan ini akan melindungi aliran menaik sekaligu membolehkan pasangan mata wang ini menembusi di bawah sokongan kecil pada tahap 1.5325 dan yang lebih penting adalah di bawah tahap sokongan 1.5267 yang akan memanggil pasaran untuk menurun ke tahap 1.5065 dan tahap yang lebih rendah. Risiko yang terletak pada tahap sokongan 1.5065 akan dapat melindungi aliran penurunan harga untuk membolehkan aliran menaik di atas tahap 1.5475 sekaligus mengesahkan bahagian bawah penting yang ditemui berada pada tahap 1.4787.
Cadangan Perdagangan:
Kami mengambil keuntungan dan memterbalikkan kedudukan membeli EUR kami daripada tahap 1.4855 untuk mengambil kedudukan menjual EUR pada tahap 1.5145 untuk mendapatkan keuntungan yang lebih baik. Kami telah meletakkan stop kami pada tahap 1.5500 (dipaksa oleh kenaikan harga yang kukuh ke tahap lebih tinggi menuju ke arah 1.5475). Kami akan cuba untuk menetapkan kedudukan Stop Loss lebih rendah dengan secepat mungkin.