Analisis Teknikal USD/CAD untuk 22 Januari, 2015

Huraian Umum untukĀ 22/01/2015 15:50 CET

Walaupun fakta menyatakan bahawa gelombang 4 hijau adalah lebih pendek dalam harga dan masa daripada yang dijangkakan (Saya telah menjangkakan bahawa masa untuk corak pembetulan harga segitiga akan menjadi lebih panjang), perkembangan gelombang dibentangkan seperti yang dijangkakan dengan harga telah membuat satu lagi corak harga tinggi yang lebih tinggi dan menembusi rintangan pangsi mingguan pada yang terletak ditahap 1.2342 pada hari semalam. Pembangunan gelombang impulsif untuk aliran menaik ini masih lagi belum selesai dan diramalkan akan terdapat satu lagi gelombang aliran menaik. Para pedagang harus diingatkan bahawa sub-gelombang iv- biru mungkin maasih lagi belum selesai dan pembetulan harga mungkin mengambil masa yang lebih lama sebelum harga melonjak naik semula.

Sokongan/Rintangan:

1.2393 - Ayunan Tahap Tinggi

1.2342 - WR3

1.2310 - Sokongan Urusniaga Harian

Cadangan Perdagangan:

Para pedagang dinasihatkan untuk mengambil pesanan membeli pada urusniaga harga rendah dalam pasaran ini, dan selepas aliran pasaran baik, daytraders dan swingtraders disarankan untuk mengerakkan kedudukan SL ke tahap yang lebih tinggi (di bawah tahap 1.2342) atau menutup pesanan membeli dengan mengambil keuntungan dan menunggu kitaran pembetulan harga selesai.