Analisis Teknikal USD/JPY untuk 23 Januari, 2015

Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh pengurangan rayuan untuk 'safe haven' yen ekoran sentimen risiko global yang kini telah bertambah baik (tolok ketakutan VIX susut 13.0% kepada 16.4; S&P 500 meningkat 1.53% untuk ditutup pada 2,063.15 semalam) selepas Bank Pusat Eropah mengumumkan program pembelian bon yang lebih besar berbanding ramalan yang mensasarkan pemulihan ekonomi di zon euro. Pasangan mata wang USD/JPY ini juga disokong oleh peningkatan kadar hasil Perbendaharaan AS (10 tahun pada 1.885% berbanding 1,851% lewat hari Rabu), sentimen dolar yang menaik (Spot ICE indeks dolar menembusi tahap tinggi sembilan tahun 94.497 pada hari semalam, terdahulu dicatatkan pada 94.21 berbanding 92.75 awal Khamis) pada pendirian berbeza dasar kewangan AS  erbanding bank-bank pusat utama yang lain, permintaan daripada pengimport Jepun dan juga pelonggaran dasar kewangan berskala besar oleh Bank Jepun. Walau bagaimanapun, sentimen USD telah terjejas akibat daripada laporan tuntutan pengangguran AS yang mencatatkan bacaan lebih tinggi berbanding ramalan, iaitu sebanyak 307,000 berbanding jangkaan pada minggu berakhir 17 Jan (berbanding ramalan 300,000), penurunan yang lebih besar daripada jangkaan dalam laporan indeks komposit Fed Kansas City kepada 3 pada bulan Januari berbanding 8 pada bulan Disember (berbanding ramalan 7). Keuntungan bagi pasangan mata wang USD/PY ini juga diganggu oleh penjualan eksport dan pelarasan

Ulasan Teknikal:

Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menurun, walau bagaimanapun stokastik kini sedang meningkat daripada tahap terlebih jual.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 118.85 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 118.35. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 116.80. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 116.30. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 117.20.

Tahap Rintangan: 
118.85
119.35
119.75

Tahap Sokongan:
16.80
16.30
116