Analisis Teknikal Emas untuk 23 Januari, 2015

Harga emas telah ditarik kembali ke arah tahap $ 1,280 pada hari semalam seperti yang diharapkan dan kemudian ia telah berbalik ke tahap tinggi baru. Harga kini sedang ditarik kembali ke arah bawah, walau bagaimanapun selagi harga masih didagangkan di atas tahap $ 1,285-80, maka kita boleh mengharapkan penembusan harga pada tahap $ 1,330. Jika tidak, penarikan semula harga ini berpotensi untuk menolak harga menuju ke arah tahap $ 1,260.

Garisan hijau = sokongan


Harga emas kini sedang didagangkan diatas Ichimoku cloud pada dagangan jangka pendek dan di atas sokongan dagangan jangka pendek pada $ 1,285. Manakaala rintangan pula didapati berada pada tahap $ 1,310. Pada tahap harga semasa, kami cenderung memilih untuk aliran menaik dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada harga $ 1,280 dan menambah di atas tahap $ 1,310 dengan $ 1,330 bertindak sebagai tahap sasaran.


Harga emas dilihat masih berdagang di dalam saluran condong menaik seperti yang ditunjukkan pada carta di atas. Kehilangan sokongan cloud pada harga $ 1,280-85 akan menolak harga menuju ke arah sempadan saluran yang lebih rendah pada harga $ 1,260-65. Penembusan harga di bawah saluran aliran menaik ini akan menandakan bahawa pembetulan harga yang lebih dalam telah bermula dengan tahap $ 1,200 sebagai sasaran yang berpotensi.