Analisis teknikal pada EUR/JPY bagi 23 Januari 2015

Gambaran am untuk 22/01/2015 09:50 CET

Disebabkan kepada tahap penembusan pada 134.62 senario utama telah pun terbatal dan gelombang alternatif sedang dilakukan sekarang.Terdapat dua senario (utama dan alternatif) boleh didapati pada carta rangka masa mingguan:



-Senario utama-Menandakan tahap tinggi untuk gelombang besar 1 biru pada tahap 145.72 dan kemudian struktur pembetulan yang kompleks dalam gelombang A biru,kemudian struktur pembetulan mendatar yang tidak sama dalam gelombang birau B dan sekarang lima gelombang impulsif terakhir menurun dalam gelombang C biru iaitu sasaran tahap pada 131.05.


-Senario alternatif-Senario ini menandakan bahawa progres gelombang penurunan yang seterusnya selepas gelombang biru 1 yang tinggi pada tahap 149.80.Penurunan pembetulan adalah mendadak serta segera,maka corak zig-zag dijangkaakn disini.Corak ini sebahagiannya telah pun selesai,tetap masih lagi terdapat beberapa ruang bagi kitaran pembetulan ke arah bawah.


Ingat bahawa kedua-dua senario menandakan bahawa gelombang biru 3 menaik yang terbentuk apabila kitaran pembetulan dalam gelombang biru 2 selesai.


Sokongan/Rintangan:

149.80 - Ayunan Tinggi

140.19 - 50WMA

136.24 - 100WMA

131.05 - Tahap Unjuran Sasara

121.78 - 200WMA

119.13 - Lanjutan Tahap Unjuran Sasaran 

Cadangan Perdagangan:

Pedagang swing perlu menunggu sekarang bagi tahap 131.05 untuk diuji dan memeriksa tingkah laku pasaran pada tahap tersebut sebelum menentukan untuk mendagangkan gelombang B biru ke arah atas.