Tahap teknikal urusniaga harian dan cadangan perdagangan untuk GBP/USD bagi 26 Januari, 2015

Banyak tahap rendah sebelumnya diwujudkan sekitar 1.5550 dimana pasangan GBP/USD menjumpai PERMINTAAN sementara pada November 2014.


Senario penembusan penurunan harga, hampir serupa dengan apa yang pernah terjadi pada bulan Oktober, dimana ia telah berjaya dilaksanakan tidak lama selepas itu. 


Pasaran telah pun ditolak terus bawah tahap harga 1.5140 (sasan unjuran pada penembusan penurunan) mencecah had rendah pada saluran penurunan ditunjukkan sekitar 1.5050. 


Pada awalnya, pasangan GBP/USD telah menunjukkan pemulihan kenaikkan pada tahap harga 1.5050. Walaubagaimanapun,penyelubungan graf penurunan harian telah ditunjukkan  pada tahap 1.5210 yang diikuti dengan penurunan harga yang mencecah pada tahap 1.5000.


Para pedagang diingatkan bahawa kekuatan aliran menaik di atas tahap rendah baru-baru ini di sekitar tahap 1.4950 telah meningkatkan kecenderungan aliran menaik dalam pasaran sekurang-kurangnya ke arah 1.5100.


Gerakan pengukuhan sebelum ini telah dilanjutkan di antara tahap harga 1.5770 dan 1.5550. Kadar pergerakkan penyatuan diantara tahap harga pada 1.5770 dan 1.5550 ,mewakili keadaan pada ketidaktentuan pada pasaran selepas himpunan penurunan yang panjang bermula pada 1.7100 dan 1.6500. 


Seperti yang dijangkakan,penembusan penurunan bawah 1.5550 mendedahkan sasaran rendah secara terus.Penurunan telah pun mencecah tahap harga pada 1.5050 dan 1.4960 baru-baru ini. 


Pedagang konservatif perlu menunggu bagi penarikkan balik ke arah zon BEKALAN semasa sekitar 1.5370-1.5450 bagi kemasukkan JUAL berisiko rendah. Stop loss perlu terletak di atas tahap 1.5500 (had atas pada saluran). 


Untuk pedagang BERISIKO,kemasukkan BELI berisiko tinggi boleh dilakukan sekitar tahap harga pada 1.4900 (dimana had rendah pada saluran yang ditunjukkan terletak). 


Stop Loss perlu ditetapkan sebagai penutupan harian bawah tahap kemasukkan (1.4900-1.4880).