Gambaran:
Berdasarkan kepada analisis kami terakhir, pasangan mata wang EUR/NZD ini telah didagangkan dalam aliran menaik. Harga dilihat telah menguji tahap 1.5267 pada jumlah di bawah purata. Saya telah menetapkan Penarikan semula Fibonacci untuk mencari tahap rintangan yang berpotensi dan mendapati bahawa Penarikan semula Fibonacci 61.8% berada pada harga 1.5225 (kini sedang diuji). Menurut pada cartamasa 4H, kita dapat melihat kekurangan bekalan pada harga 1.4887 yang mana ia akan mendorong harga untuk memulakan pergerakan menaik. Berhati-hati apabila ingin membuka posisi membeli EUR/NZD dan perhatikan peluang jualan yang berpotensi selepas penarikan semula harga. Mana-mana bekalan yang lebih besar pada jumlah yang tinggi boleh mengesahkan fasa penurunan harga yang selanjutnya. Bagaimanapun, sekiranya kita melihat terdapat permintaan yang lebih besar di dalam pasaran, maka kita boleh menjangkakan harga akan menguji pada tahap 1.5430.
Tahap Pangsi Fibonacci Harian:
Tahap Rintangan:
R1: 1.5219
R2: 1.5283
R3: 1.5386
Tahap Sokongan:
S1: 1.5013
S2: 1.4950
S3: 1.4846
Cadangan Perdagangan: Para pedagang dinasihatkan agar lebih berhati-hati semasa mengambil posisi membeli pasangan EUR/NZD sebagaimana Penarikan semula Fibonacci 61.8% kami kini sedang diuji.