Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Pasangan mata wang GBP/CHF ini akhirnya berjaya menembusi julat perdagangan di atas tahap 1.3350/1.3400 seperti yang ditunjukkan di sini. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk menempah keuntungan sekurang-kurangnya separa pada kedudukan membeli yang telah diambil sebelum ini. Sila ambil perhatian bahawa tahap rintangan terdahulu 1.3350/1.3400 kini telah bertukar menjadi tahap sokongan dan para pedagang boleh mengambil pesana membeli semasa penurunan harga sekali lagi. Aliran menaik kini sedang mendominasi pasaran dan ujian aliran menaik yang seterusnya berkemungkinan adalah pada tahap 1.4100, yang mana sokongan Fibonacci 0.618 untuk keseluruhan aliran menurun daripada tahap 1.5550 hingga ke tahap 1.1800 pada akhir-akhir ini. Sokongan yang paling hampir terletak pada tahap 1.3350, diikuti oleh tahap 1.3200 dan seterusnya tahap yang lebih rendah lagi. Manakala rintangan pula dilihat berada pada tahap 1.4100 dan lebih tinggi, masing-masing.
Cadangan Perdagangan:
Tempah separuh/kesemua keuntungan pada posisi membeli, aliran menaik berpotensi kekal pada tahap 1.4100.
Semoga berjaya!