Dolar AS membawa pasangan ke arah 20Dsma. Tuntutan pengangguran AS menjunam, yang memberikan sokongan kuat kepada mata wang Amerika. Pada minggu yang berakhir 24 Januari, angka tuntutan awal flash yang diselaraskan mengikut musim adalah 265,000, penurunan sebanyak 43,000 daripada tahap disemak minggu sebelumnya. Ini adalah tahap yang paling rendah bagi tuntutan awal sejak April 15, 2000. Walau bagaimanapun, penjualan rumah belum siap menunjukkan bacaan yang mengecewakan, ia menurun sebanyak 3.7%. Sementara itu, jualan runcit Jepun tanpa disangka-sangka telah jatuh pada bulan Disember. Jualan menurun sebanyak 0.3% peratus dari bulan November untuk tempoh tiga bulan berturut-turut. Hari ini, tumpuan para pedagang telah beralih kepada KDNK awal AS.
Pasangan mata wang ini kelihatan telah mengukuh pada julat harga ketat yang sama di antara tahap 118.85 dan 117.10, seperti yang telah kita bincangkan di dalam laporan kami sebelum ini. Harga kini sedang didagangkan dalam sebuah segitiga pada carta 4H. Sekirnaya harga berjaya menembusi aliran menaik, maka ia berpotensi untuk menguji harga ke arah tahap 120.50. Sewaktu sesi perdagangan semalam, pasangan mata wang ini dilihat telah berjaya menutup di atas tahap 34hrsma. Harga menghadapi rintangan yang kuat pada tahap fib 80.0 dalam carta 4H. Selama lebih kurang 3 jam, harga telah menembusi sokongan dari ayunan tinggi sebelumnya di tahap 118.24. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil pesanan membeli pada harga semasa 118.27 dengan sasaran masing-masing diletakkan pada tahap 118.50, 118.65, dan 118.80. Mengikut pada asas kedudukan, sehingga pasangan mata wang ini mengukuh pada tahap 117.00 dan didagangkan di atas tahap 118.85, maka harga berpotensi untuk menunjukkan atu lagi persembahan cemerlang ke arah 120.00+. Dalam kes ini, jika pasangan menembusi di bawah tahap 117.00, maka ia berkemungkinan untuk melanjutkan aliran menurun sehingga mencecah ke harga 115.00 dan akan mencetuskan panik di bawah 115.00. Tahap sokongan urusniaga harian didapati terletak pada tahap 118.15 dan 117.85. Kami mengesyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan menjual hanya di bawah tahap 117.85, sehingga aliran menaik mendominasi pasaran ini.