Gambaran:
Berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa sebelumnya, pasangan mata wang NZD/USD ini kelihatan masih bergerak di antara tahap 0.7324 dan 0.7214. Tahap rintangan yang kuat akan dibentuk pada tahap 0.7324 (tahap ini adalah bersamaan dengan nisbah 11.8% tahap Penarikan semula Fibonacci dalam dagangan jangka masa mingguan) memberikan isyarat yang jelas kepada para pedagang untuk tawaran menjual dengan sasaran ditetapkan pada tahap 0.7214 dan 0.7121 bagi membolehkan pasangan mata wang ini menguji 'double bottom' pada carta yang sama. Stop-loss akan diletakkan di atas rintangan pada tahap 0.7362. Sebaliknya, tahap sokongan yang kukuh akan dibentuk pada tahap 0.7121 (tahap ini adalah berpadanan dengan nisbah 00% tahap Penarikan semula Fibonacci) memberikan isyarat yang jelas kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli dengan sasaran masing-masing dilihat terletak pada tahap 0.7200 dan 0.7283. Juga, ia perlu diambil perhatian bahawa jika aliran berjaya menembusi pada tahap 0.7283, maka harga diramalkan akan melanjutkan pergerakkan menuju terus ke arah rintangan mingguan 1 pada harga 0.7324 yang mewakili tahap rintangan kuat. Walau bagaimanapun, stop loss TIDAK boleh melebihi jumlah pendedahan maksimum anda. Oleh yang demikian, ia hendaklah diletakkan di bawah 'double bottom' pada harga 0.7108.