Analisis teknikal dan cadangan perdagangan untuk Emas bagi 02 Februari 2015

Emas meningkat $27 selepas KDNK US dalam suku ke-empat datang lebih rendah daripada jangkaan.Maka,KDNK meningkat 2.6 peratus setahun dalam suku ke-empat pada 2014 menurut kepada anggaran "hadapan" dikeluarkan oleh Biro Analisis Ekonomi,tetapi ramalan kekal pada 3.0 peratus.Emas meningkat dengan jangkaan pada penanguhan kenaikkan kadar faedah AS.Pada Tahun Baru Cina pada 19 Februari,kita boleh menjangkakan pengguna China untuk mendapatkan emas.Hari ini,fokus telah berubah kepada ISM data pembuatan akan dikeluarkan di AS.Kita boleh memberikan amaran,kenaikkan bolehmenguji momentum kenaikkan yang kuat,hanya atas $1,285.50.Tetapi kenaikkan terhenti bawah tahap tersebut.Hari ini,pada sesi Asia logam tidak berjaya untuk menembusi ketinggian hari sebelumnya.Logam mempunyai rintangan mingguan pada $1,303.75,atas tahap ini $1,309.00 akan bertindak sebagai rintangan lain.Sokongan bulanan muncul pada $1,270000 dan 20Msma.Pada carta satu jam,harga logam didagangkan dan ditutup atas moving average.Logam mempunyai sokongan yang kuat pada $1,273.00 dan $1,270.00.Kami mencadangkan belian urusniaga harian yang baru atas 1286.00 dengan sasaran pada $1,290.00,$1,292.50 dan $1,297.00.



Rintangan: $1,286.00 $1,297.50, $1,303.00


Sokongan: $1,276.00, $1,270.00, $1,266.00