Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang GBP/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen euro yang bertambah baik berikutan kebimbangan Greece yang semakin berkurang, sentimen risiko yang positif, dan permintaan daripada pengimport Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan mata wang EUR/JPY ini telah diganggu oleh jualan eksport Jepun. Keuntungan bagi pasangan GBP/JPY kini terganggu aibat penjualan mata wang sterling sewaktu pasangan EUR/GBP mengukuh dan juga berhati-hati menjelang keputusan Bank of England mengenai kadar faedah yang dijadualkan akan dikeluarkan pada Khamis.
Ulasan Teknikal:
Carta harian kelihatan berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menaik, isyara aliran menaik 'parabolic stop-and-reverse' telah ditembusi pada hari Selasa.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 178.95 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 179.40. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 177.20. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 176.70. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 177.50.
Tahap Rintangan:
178.95
179.40
1780
Tahap Sokongan:
177.20
176.70
176