Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 04 Febuari, 2015

Huraian Umum untuk 04/02/2015 10:49 CET

Gelombang menaik impulsif akhir sedang membangun dan sasaran yang diunjurkan masih terletak pada tahap 137.64. Sasaran ini hanya boleh ditembusi sekiranya rintangan urusniaga harian pada tahap 135.34 ini ditembusi secara impulsif. Sebaliknya, mana-mana kesinambungan aliran menurun di bawah tahap 133.57 akan menandakan bahagian atas bagi gelombang (c) biru telah mengambil tempat. Penembusan harga di bawah pangsi mingguan yang terletak pada tahap 132.37 akan menyokong gambaran ini.

Sokongan/Rintangan:

137.64 - Tahap Sasaran

136.58 - WR2

135.34 - Rintangan Urusniaga Harian

134.59 - WR1

134.34 - Sokongan Urusniaga Harian

133.57 - Sokongan Urusniaga Harian

132.37 -  Pangsi Mingguan

Cadangan Perdagangan:

Pesanan membeli yang disyorkan pada hari semalam  telah memberikan keuntungan untuk seketika, walau bagaimanapun keseluruhan lanjutan harga masih berpihak kepada aliran menaik seperti yang diharapkan dan tahap SL telah pun ditembusi pada akhirnya. Pada masa ini, harga sedang didagangkan di antara dua tahap (135.34 untuk aliran menaik dan 133.57 untuk aliran menurun). Peniaga perlu memerhatikan tingkah laku harga pada tahap ini dan berdagang dengan sewajarnya.