Indeks USDX didapati telah melakukan penembusan palsu pada tahap sokongan 94.18. Pada masa sekarang, instrumen dilihat sedang cuba untuk menembusi rintangan yang terletak pada tahap 95.45. Pasangan begitu hampir untuk menembusi tahap sasaran, sebagaimana Indeks USDX ini telah membentuk perbezaan aliran menurun pada pengayun seperti RSI di dalam carta harian, tindakan harga juga telah mengesahkanya. Pada masa ini, 200 SMA masih dalam aliran menaik.
Berdasarkan kepada carta 1H, kami mendapati bahawa aliran menaik USDX telah pulih daripada tahap rendah bersebelahan dengan zon psikologi 93.00. Kini, instrumen tersebut dilihat sedang membuat momentum kenaikkan harga yang kuat di atas SMA 200 dan tahap sokongan 94.38. Dua titik pangsi pada aliran menurun telah dibentuk untuk menyokong tindakan menaik harga bagi Indeks USDX daripada unjuran urusniaga harian.
Tahap Rintangan Carta Harian : 95.45 / 96.87
Tahap Sokongan Carta Harian : 94.18 / 93.02
Tahap Rintangan Carta 1H : 94.69 / 94.90
Tahap Sokongan Carta 1H : 94.38 / 93.94
Cadangan Perdagangan untuk Hari Ini: Berdasarkan pada carta 1H, para pedagang disarankan untuk mengambil pesanan membeli (beli) hanya sekiranya Indeks USDX ini berjaya menembusi cartalilin kenaikkan harga; dengan menetapkan rintangan pada tahap 94.69, Take profit di tahap 94.90 dan stop loss pada tahap 94.48.