Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/CHF diramalkan akan diniagakan dalam julat dagangan. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh kadar faedah Switzerland yang negatif dan ancaman campur tangan SNB dalam penjualan CHF. Walau bagaimanapun, aliran menaik untuk pasangan USD/CHF ini telah dihadkan oleh kelemahan mata wang dolar (Spot ICE indeks dolar terdahulu mencatatkan bacaan 94.51 berbanding 94.70 awal Isnin) berikutan aktiviti pengambilan untung kedudukan membeli USD.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat masih berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menaik.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9160. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9075. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.9290. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.9365 dan sasaran kedua pada 0.9435.
Tahap Rintangan:
0.9365
0.9435
0.9465
Tahap Sokongan:
0.9160
0.9075
0.8985