Analisis Teknikal GBP/CHF untuk 10 Februari, 2015.

Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:

Pasangan mata wang GBP/CHF kini dilihat sedang pegun disekitar  tahap 1.4100/4200, seperti yang dilihat di sini. Kawasan ini juga telah ditanda dengan rintangan Fibonacci 0.618 pada penurunan harga daripada tahap 1.5500-1.1800. Aliran menurun berpotensi untuk mendominasi semula pasaran daripada tahap ini sekiranya harga berjaya menembusi pada tahap 1.4200 yang masih kuat. Persediaan perdagangan agresif mencadangkan kepada para pedagang untuk memulakan 50% kedudukan menjual pada masa sekarang (1.4090/4100) dengan risiko di atas tahap 1.4200. Rintangan dilihat berada pada tahap 1.4190 (interim) diikuti masing-masing dengan tahap 1.4300, 1.4700 dan yang lebih tinggi, manakala sokongan dilihat terletak pada tahap 1.4000 diikuti dengan tahap 1.3850 dan lebih rendah, masing-masing. Penurunan harga di bawah tahap 1.4000 dari paras semasa akan mempercepatkan penurunan harga yang selanjutnya.

Cadangan Perdagangan:

Mula mengambil 50% pesanan membeli buat masa ini, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss di atas tahap 1.4200,

Semoga berjaya!