Analisis Teknikal dan Cadangan Perdagangan Emas untuk 11 Februari, 2015


Emas sekali lagi ditutup harga rendah pada sesi dagangan yang lalu sewaktu dolar AS mengukuh. Hari ini, tumpuan para pedagang telah beralih kepada mesyuarat kumpulan Euro. Beberapa hari kebelakangan ini, emas didapati telah kehilangan momentum berikutan data ekonomi AS yang mengukuh serta data Cina yang melemah. Perkara yang sama berulang sekali lagi pada sesi dagangan lalu. Data AS yang lebih kukuh telah memberikan harapan bahawa Rizab Persekutuan AS berkemungkinan akan menaikkan kadar faedah lebih awal. Logam kuning ini dilihat telah menembusi sokongan yang terletak di antara harga $ 1,230.00 dan $ 1,228.00. Kami mengesyorkan kepada para pedagang agar mengambil posisi membeli baru di bawah tahap harga $ 1,228.00 dengan sasaran masing-masing terletak pada harga $ 1,225.00 dan $ 1,217.00. Sekiranya carta harian menutup di bawah $ 1,217.00, maka aliran penurunan harga berpotensi untuk menguji tahap $ 1,207.00, $ 1,204.00, dan $ 1,199.00. Tahap sokongan utama mingguan didapati terletak pada tahap $ 1,216.00. Sehingga harga menutup dan didagangkan di bawah tahap $ 1,266.00, gunakan peluang untuk menjual pada setiap kenaikan harga. Rintangan urusniaga harian telah ditetapkan pada tahap 1252,00. Jika harga berjaya menembusi di atas tahap 1.252,00, maka aliran kenaikkan harga berpotensi untuk menguji pada tahap 1.255,00, 1264,00, dan 1.266,00.


Rintangan: $1,240.00 $1,246.00, $1,252.00.

Sokongan: $1,228.00 $1220.00, $1,217.00.

Ambil posisi menjual di bawah harga $1,228.00.

Ambil posisi membeli di atas harga $1,240.00, momentum yang kuat berada di atas harga $1,252.00.

Pedagang berisiko boleh mencuba dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada harga $1,230.00.