Huraian Umum untuk 11/02/2014 08:30 CET
Tahap rintangan penting telah ditembusi pada hari semalam dan senario impulsif alternatif telah terbatal. Pasaran kini dilihat sedang mengukuh hanya di bawah rintangan urusniaga harian yang terletak pada tahap 135.46 dan ia kelihatan seolah-olah bahawa tahap ini akan ditembusi lambat laun untuk menguji tahap pangsi mingguan. Selain itu, sasaran unjuran terletak pada tahap 137.63 dan ia adalah berpadanan dengan sempadan atas saluran emas. Tahap ini berkemungkinan besar akan menjadi zon perubahan arah aliran yang berpotensi dan kesinambungan penurunan harga.
Sokongan/Rintangan:
137.63 - Rintangan Teknikal
137.27 - WR2
136.15 - WR1
135.46 - Rintangan Urusniaga Harian
134.21 - Pangsi Mingguan
Cadangan Perdagangan:
Pesanan menjual yang telah diambil pada hari semalam telah mencapai SL, oleh yang demikian hanya pesanan membeli sahaja yang perlu dibuka buat masa ini sekiranya tahap harga 135.46 berjaya ditembusi. TP ditetapkan pada tahap137.63, manakala SL di bawah tahap 134.55.