EUR/USD: Pasangan mata wang EUR/USD ini dilihat sedang berusaha untuk bergerak naik di dalam konteks kecenderungan penurunan harga. Usaha ini telah membolehkan harga untuk menutup di atas garisan sokongan yang terletak pada 1.1350 dan penmebusan harga di atas garisan rintangan pada tahap 1.1500 akan menyebabkan Corak Pengesahan Kenaikkan harga dalam pasaran menjadi lebih jelas. Prospek bagi pasangan mata wang EUR/USD minggu ini adalah aliran menaik.
USD/CHF: Walaupun prospek bagi pasangan mata wang ini adalah menaik dan harga sepatutnya bergerak ke arah atas, kini terdapat kebarangkalian yang tinggi bahawa akan terdapat dagangan jangka pendek atau beberapa penarikan semula harga yang berlanjutan di dalam pasaran. Satu perkara yang pasti, penarikan semula harga berkemungkinan tidak akan kekal dan harga berpotensi untuk meneruskan pergerakkan menaik selepas itu (walaupun ia akan menjadi pengukuhan aliran menaik).
GBP/USD: Instrumen perdagangan mata wang kini berada dalam aliran menaik sejak minggu lalu, menguji wilayah pengedaran yang terletak pada tahap 1.5400. Wilayah pengedaran kini kelihatan sedang ditekan dan ia diramalkan akan menembusi aliran menaik sebagaimana harga masih meneruskan pergerakkan ke arah menaik.
USD/JPY: Pasangan mata wang ini meningkat sebanyak 200 pip minggu lalu dan ia kemudianya jatuh sebanyak 200 pips. Dari tahap permintaan pada 118.50, harga hampir mencapai tahap bekalan pada 120.50, selepas itu keuntungan yang diperoleh telah dipadamkan. Kecenderungan aliran menaik masih memihak kepada pasangan, bagaimanapun, masih kekal logik.
EUR/JPY: Pasangan mata wang ini ditutup pada tahap 135.34 pada hari Jumaat lalu, 13 Februari, 2015. Pasangan mata wang kini dilihat sedang cuba untuk pergi lebih tinggi dan berdagang di atas zon bekalan pada tahap 136.50 akan mengakibatkan pembatalan pada prospek penurunan harga semasa pada baru-baru ini ditambah dengan isyarat membeli baru.