Analisis Teknikal Emas untuk 17 Februari, 2015

Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:

Emas telah menguji semula tahap rendah $ 1,220.00 pada hari ini dan bersedia untuk melanjutkan aliran menaik pada masa ini. Emas kini dilihat sedang memegang tahap sokongan Fibonacci 0.618, manakala aliran menaik telah bersedia untuk terus mendominasi pasaran sehingga harga kekal berdagang di atas tahap $ 1,215.00. Sokongan serta-merta dilihat berada pada tahap $ 1,205.00 dan diikuti dengan tahap $ 1,170.00 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula didapati terletak pada tahap $ 1,245.00 dan diikuti masing-masing dengan tahap $ 1,285.00, $ 1,307.00, $ 1,340.00 dan lebih tinggi. Para pedagang diingatkan bahawa emas kini beralih kepada aliran menaik pada carta masa yang lebih besar dan aliran harga sepatutnya kekal tinggi mensasarkan ke tahap $ 1,340.00 dan $ 1,400.00. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal membeli buat masa sekarang dan juga memerhatikan peluang untuk menambah pesanan membeli yang seterusnya.

Cadangan Perdagangan:

Kekal membeli buat masa sekarang; dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada tahapĀ $1,170.00, dan sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!