Huraian Fundamental :
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh penjualan mata wang franc sewaktu perdagangan berbanding mata wang utama, kadar faedah Swiss yang negatif, dan ancaman campur tangan Bank Negara Swiss dalam penjualan CHF. Presiden SNB, Thomas Jordan memberi amaran pada hari Selasa bahawa bank pusat telah bersedia untuk mengadakan campur tangan mata wang pasaran sebagaimana franc kekal terlebih nilai. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan USD/CHF telah diganggu oleh sentimen dolar yang lebih lemah.
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat berkecenderungan positif sebagaiaman MACD dan Stokastik adalah aliran menaik, walau bagaiamanapun ia kemudianya akan berada pada tahap terlebih beli.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.94 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 0.9420. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 0.9285. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 0.9240. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 0.9310.
Tahap Rintangan:
0.94
0.9420
0.9445
Tahap Sokongan:
0.9285
0.9240
0.9205