Huraian Fundamental
Pasangan mata wang USD/JPY ini diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/JPY ini telah disokong oleh pengurangan permohonan 'safe haven' yen berikutan penghindaran risiko global telah reda sebagaimana berita bahawa Greece akan memohon lanjutan untuk perjanjian-pinjaman pada hari Rabu. Di samping itu, Bank Pusat Eropah mendakwa bahawa ia tidak akan menghentikan pembiayaan kecemasan bagi bank Greece pada minggu ini. USD/JPY juga disokong oleh sentimen yen yang lebih lemah selepas data pertumbuhan KDNK Jepun bagi S4 mencatatkan bacaan di bawah ramalan, kadar hasil Perbendaharaan AS yang lebih tinggi (10 tahun pada 2.145% berbanding 2.021% lewat Jumaat) di tengah-tengah spekulasi bahawa Rizab Persekutuan berkemungkinan akan menaikkan kadar faedah dalam kadar segera pada bulan Jun dan permintaan daripada pengimport Jepun. Walau bagaimanapun, keuntungan bagi pasangan USD/JPY kini sedang diganggu oleh jualan eksport Jepun; sentimen dolar yang melemah (Spot ICE indeks dolar terdahulu mencatatkan 94.10 berbanding 94.43 awal Selasa) pada kejatuhan Empire State's business conditions index kepada 7.78 pada bulan Februari berbanding 9.95 pada bulan Januari (berbanding ramalan 10.0), dan penurunan yang mengejutkan di dalam laporan indeks pasaran perumahan NAHB AS kepada 55 pada bulan februari berbanding 57 pada bulan Januari (berbanding ramalan yang mengunjurkan kenaikkan kepada 58).
Ulasan Teknikal:
Carta harian dilihat bercampur-campur sebagaimana MACD adalah aliran menaik, walau bagaimanapun Stokastik kini neutral.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang ini berdagang di atas titik pangsi. Pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih tinggi di atas titik pangsi tersebut. Selagi harga kekal berada di atas titik pangsi tersebut, dagangan dalam julat yang lebih tinggi adalah amat berpotensi dan kedudukan membeli dicadangkan kepada para pedagang di atas titik pangsi ini dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 119.50 dan seterusnya sasaran yang kedua pada tahap 119.90. Untuk senario alternatif, sekiranya harga bergerak di bawah titik pangsi tersebut, maka para pedagang disarankan untuk membuka kedudukan menjual dengan menetapkan sasaran pertama pada 118.60. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membolehkan pasangan mata wang ini bergerak ke arah bawah yang seterusnya dengan sasaran kedua terletak pada tahap 118.25. Titik pangsi kekal terletak pada tahap 118.85.
Tahap Rintangan:
119.50
119.90
120.20
Tahap Sokongan:
118.60
118.25
117.95