Analisis Teknikal EUR/JPY untuk 23 Febuari, 2015

Huraian Umum untuk 23/02/2015 10:35 CET

Tahap sasaran unjuran pasaran pada segiempat tepat oren pada carta hari Jumaat telah ditembusi oleh pasangan, walau bagaimanapun tiada kesinambungan penurunan harga selepas itu. Tingkah laku pasaran jenis ini boleh membawa kepada kesimpulan bahawa kitaran pembetulan yang kompleks di dalam bentuk triple three masih lagi belum berakhir, dan saya masih menunggu penembusan harga gelombang terakhir aliran menaik. Gelombang terakhir akan dilabelkan sebagai gelombang Y coklat. Tahap sasaran yang diunjurkan bagi gelombang ini adalah disekitar tahap 137.25-137.64. Pembalikan A dijangkakan akan berlaku sebaik sahaja tahap sasaran ini ditembusi sebagaimana kitaran pembetulan keseluruhan di dalam gelombang 4 hitam kini telah selesai.

Sokongan/Rintangan:

137.25 - 137.64 - Zon Sasaran Unjuran

136.90 - WR1

135.88 - Rintangan Urusniaga Harian

135.21 - Pangsi Mingguan

134.21 - WS1

133.55 - Sokongan Urusniaga Harian

Cadangan Perdagangan:

Daytraders harus mempertimbangkan cadangan untuk hanya mengambil pesanan membeli  apabila tahap 135.88 ini ditembusi dengan menetapkan SL ketat (20-30 pips) dan TP diletakkan pada harga 137.25 - 137.64.