Analisis Teknikal Perak untuk 24 Februari, 2015.

Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:

Perak dilihat telah membuat lantunan semula daripada harga $ 16.05/10 pada hari semalam dan meningkat naik menembusi tahap $ 16.60. Perak kini sedang diniagakan pada tahap $ 16.30, harga diramalkan akan menolak lebih tinggi ke arah $ 16.80. Sila ambil perhatian bahawa perak telah menembusi sokongan yang terletak pada tahap Fibonacci 0.786 aliran menaik di antara tahap harga $ 15.50 dan $ 18.50, menghasilkan corak lilin penyelubungan aliran menaik. Logam ini berkemungkinan besar akan menembusi di bawah tahap $ 16.05 dan harga diramalkan meneruskan aliran menaik. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap $ 15.50, manakala rintangan pula didapati terletak pada tahap $ 16.80, diikuti masing-masing dengan tahap $ 17.40/50 dan lebih tinggig. Para pedagang amat disyorkan untuk kekal membeli, dengan menetapkan risiko di bawah harga $ 15.50.

Cadangan Perdagangan:

Kekal membeli buat masa ini, dengan menetapkan kedudukan Stop Loss pada harga $15.50, dan sasaran adalah terbuka.

Semoga berjaya!