Analisis Teknikal #USDX untuk 13 Mac, 2015

Indeks Dolar melantun lebih tinggi semalam tetapi saya percaya pembetulan arah bawah mungkin belum berakhir lagi. Aliran harga jangka panjang kekal menaik sepenuhnya dan tidak lama lagi kita akan dapat melihat indeks menembusi pada tahap 101.50. Walau bagaimanapun, aliran menaik perlu berhati-hati kerana harga berkemungkinan akan menembusi tahap 98-97.80 dahulu sebelum ia menyambung semula ke tahap yang lebih tinggi.

Garisan merah = sokongan

Jika sokongan yang terletak pada tahap 99 ini berjaya ditembusi, maka kita perlu menjangkakan bahawa harga akan bergerak ke arah tahap 98 dan menghampiri penarikan semula 38%. Saya percaya bahawa pembetulan aliran menurun mungkin masih belum lengkap dan aliran menakik perlu berhati-hati kerana kita berkemungkinan akan melihat satu lagi penurunan harga ketara yang bermula daripada tahap 100.

Carta bulanan kekal dalan aliran menaik sepenuhnya. Walaupun terdapat penarikan semula harga jangka pendek, saya menjangkakan bahawa sasaran yang terletak pada tahap 101.50 dan Penairkan semula 61.8% bakal ditembusi tidak lama lagi. Sokongan bulanan utama terletak pada 94.50-95. Selagi harga berdagang di atas tahap tersebut, maka aliran menaik akan kekal mendominasi.