Huraian:
Berdasarkan kepada peristiwa-peristiwa sebelumnya, harga bagi pasangan mata wang USD/CHF ini kelihatan masih bergerak di antara tahap 0.9870 dan 0.9982. Rintangan telah pun ditetapkan pada tahap 0.9990 dan sokongan pada tahap 0.9868 (61.8% daripada tahap Penarikan semula Fibonacci). Oleh itu, kami menjangkakan julat dagangan 122 pips bermula dari hari ini sehingga esok. Selain itu, para pedagang perlu diingatkan bahawa sekiranya aliran harga semakin meningkat, kekuatan mata wang akan ditakrifkan seperti berikut:
USD adalah didagangkan dalam aliran menaik dan CHF dalam aliran menurun. Oleh itu, adalah disyorkan kepada para pedagang untuk mengambil pesanan membeli di atas tahap harga ini (0.9870) dengan sasaran pertama ditetapkan pada 0.9957 untuk membolehkan harga menembusi titik pangsi harian. Kemudian, harga akan dapat meneruskan aliran menaik menuju ke arah tahap harga 0.9982 (double bottom akan terbentuk pada tahap 0.9980 di dalam carta 4H). Sebaliknya, stop loss perlu diletakkan di bawah tahap sokongan 0.9850.
Tahap Teknikal Urusniaga Harian:
Tarikh:19/03/2015
Pasangan Mata Wang:USD/CHF
R3: 1.0457 R2: 1.0263 R1: 1.0022 PP: 0.9828 S1: 0.9587 S2: 0.9393 S3: 0.9152