Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang USD/CHF ini diramalkan akan diniagakan dengan kecenderungan aliran menurun. Kadar harga bagi pasangan mata wang USD/CHF telah terjejas ekoran sentimen negatif mata wang dolar, permintaan yang memberangsangkan pada mata wang Swiss pada pasangan CHF/JPY, dan kenaikan kepada -37.9 dalam laporan indikator sentimen ekonomi Switzerland ZEW-Credit Suisse bagi bulan Mac berbanding -73.0 pada bulan Februari. Walau bagaimanapun, kerugian bagi pasangan USD/CHF ini telah diganggu oleh kadar faedah Switzerland yang negatif dan ancaman campur tangan Bank Negara Swiss di dalam penjualan CHF.
Ulasan Teknikal:
Carta harian kelihatan berkecenderungan negatif sebagaimana Stokastik kini jatuh daripada tahap terlebih beli, MACD telah membuat 'crossover' penurunan harga terhadap purata pergerakkan eksponen; isyarat 'parabolic stop-and-reverse' telah ditembusi pada hari Rabu.
Cadangan Perdagangan:
Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.9850. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.9760. Titik pangsi kekal berada pada tahap 1. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 1.009 dan sasaran kedua pada 1.0120.
.
Tahap Rintangan:
1.009
1.0120
1.0160
Tahap Sokongan:
0.9850
0.9765
0.97