Tinjauan Teknikal dan Persediaan Carta:
Pasangan mata wang EUR/JPY berkemungkinan sedang membuat penarikan semula harga ke tahap lebih rendah sekurang-kurangnya ke arah 130.00, sebelum meneruskan aliran menaik. Adalah disyorkan kepada para pedagang untuk kekal membeli dan memerhatikan peluang untuk menambah lebih banyak selepas penarikan semula harga selesai. Aliran kenaikkan boleh mensasarkan untuk menolak harga menembusi tahap 132.00, Fibonacci rintangan 0.618 rintangan pada keseluruhan aliran menurun 136.50-128.00 seperti yang digambarkan di sini. Sokongan serta-merta dilihat terletak pada tahap 129.28 diikuti dengan 128.00/36 dan seterusnya tahap yang lebih rendah. Manakala rintangan pula dilihat terletak pada tahap 132.00, diikuti dengan 133.50 dan yang lebih tinggi, masing-masing.
Cadangan Perdagangan:
Kekal membeli buat masa sekarang dengan menetapkan kedudukan Stop loss pada tahap 128.00, dan sasaran sekurang-kurangnya pada tahap 132.00.
Semoga berjaya!