Analisis Teknikal NZD/USD untuk 26 Mac, 2015

Huraian Fundamental:
Pasangan mata wang NZD/USD diramalkan akan diniagakan dalam julat harga yang lebih tinggi. Kadar harga bagi pasangan mata wang ini telah disokong oleh sentimen dolar yang lebih lemah dan hasil pengkamiran NZD-USD. Keuntungan bagi pasangan mata wang NZD/USD telah dijejaskan oleh selera risiko pelabur yang melemah dan penjualan mata wang dolar NZ terhadap pasangan AUD/NZD yang mengukuh. Dolar NZ terdedah kepada China's HSBC flash manufacturing PMI bagi bulan Mac yang dijadualkan akan dikeluarkan jam 01:45 GMT.

Ulasan Teknikal:

Carta harian kelihatan berkecenderungan positif sebagaimana MACD dan Stokastik adalah aliran menaik, purata pergerakkan lima hari berada diatas purata pergerakkan 15 hari dan semakin menaik.

Cadangan Perdagangan:

Pasangan mata wang kini sedang berdagang di bawah titik pangsi. Oleh itu pasangan mata wang ini dijangkakan akan berdagang dalam julat yang lebih rendah selagi harga kekal berada di bawah titik pangsi tersebut. Kedudukan menjual dicadangkan kepada para pedagang dengan meletakkan kedudukan sasaran pertama pada tahap 0.7765. Penembusan harga pada tahap sasaran ini akan membawa harga bergerak ke arah bawah yang seterusnya hingga ke tahap 0.7730. Titik pangsi kekal berada pada tahap 0.7835. Sekiranya harga bergerak ke arah yang bertentangan dan melantun semula daripada tahap sokongan tersebut dan bergerak di atas titik pangsi, maka harga dijangkakan akan meneruskan pergerakkan menaik. Bagi situasi ini, kedudukan membeli adalah dicadangkan kepada para pedagang dengan sasaran pertama diletakkan pada tahap 0.7870 dan sasaran kedua pada 0.7905.

Tahap Rintangan:
0.7870
0.7905
0.7950

Tahap Sokongan:

0.7765

0.7730

0.7685